Ada sesetengah perkara sekarang ni yang dah terlalu melampau dan tak dapat dibendung. Oleh itu aku nak habaq mai perkara2 yang bagi aku memang perlu diperbetulkan balik. Tapi ini yang hal2 kecik je la. Kalau hal besar besar tuh memang tak la aku nak cerita kat sni. Jadi apa apa pon perkara yang kecil ni lah kita kene perbetulkan dahulu sebelum kita betulkan perkara yang lebih besar.. Kan!! Kan!! Kan!! Kiyomi...eh!!!
1. Penyebaran video, gambar dan maklumat
Aku rasa ini antara fenomena utama zaman sekarang. Semenjak timbulnya media sosial yang berlambak2, informasi dengan mudah tersebar. Tapi sayangnya, ramai yang terlalu over excited menggunakannya sampai tak pikir dari sudut yang lain. Yang mana lebih banyak mendatangkan keburukan itu lah yang paling cepat tersebar. Ish3...
Contoh : Disebabkan nak rasa diri tuh up to date, terus upload video gangnam PSY.. Dan orang lain pon tengok.. dan makin ramai yang tengok sehingga dalam masa yang singkat boleh mencecah berjuta2 penonton. Dan sekarang ni PSY kembali lagi dengan video clip terbaru. Dan ramai jugak yang excited nak share video tuh tanpa memikirkan yang video tuh memang tak sesuai langsung untuk tatapan umum. Please la, keep it for yourself..tak perlu share la benda2 macam tuh. Dan ini lebih annoying berbanding mereka yang capture gambar teh ais dan share kt fesbuk. Sian kat budak2 yang baru nak meningkat dewasa ni. Ini baru skit contoh, banyak lagi sebenarnya, gambar lucah, fitnah, provokasi, gosip dan macam2 lagi. Hentikan lah!!!!
2. Terlebih stylo
Mungkin ada sesetengah orang akan label kan orang macam aku ni "kolot". Tapi korang taw tak, kebanyakan orang yang kaya dengan hasil usahanya sendiri tidak pernah teringin nak bergaya sakan (kaya hasil usaha sendiri tuh maksudnya bukan dari duit rasuah atau kerja jadi bos kuku besi) . Terbalik pulak dengan orang biasa, kemain bergaya bagai..tapi habuk pon takdak.. Bukan apa, korang bergaya sangat sampai korang lupa, yang sesetengah gayaan itu memang tak sesuai dengan nilai ajaran islam. Itu yang paling bahaya sebenarnya. Tanamkan dalam diri menjadi seorang yang sederhana. Dan didik diri sendiri to be positive thinking. Jangan bila korang tengok orang tuh pakai selekeh, korang dah label orang tuh macam2, padahal kalau korang nak taw yang sebenarnya orang tuh berkemungkinan besar adalah spy antarabangsa yang gaji beratus ribu. Hahaha.... Jangan main2...
3. Menceritakan hal yang terlalu personal
Aku pernah terbaca satu status ni yang pasal kentut (aku dah lupa pasal apa), dan ada lah komen dari seorang wanita ni dengan bangga nyer ceritakan suami dia pon memang suka kentut. Dan gambar fesbuk wanita ni terang2 ada gambar dia dan suami dia. Dan komen dibawah dia pulak berbunyi begini "Itu ke gambar suami puan?"... So dalam hal ni, kesian kat suami dia yang tak pasal2 di perburukkan di khalayak ramai.
4. Upload video yang menjengkelkan
Memang la ada yang terhibur dan ada yang sokong kononya, diorang ni menceriakan suasana diorang waktu tuh, tapi perkara ni makin hari makin tak masuk akal. korang ni takde life ke?? ok..memang itu hak dia, tapi disebabkan dia la, orang lain pon nak buat jugak video masing2 dengan gaya dan muka yang menjengkelkan dan upload kat youtube. Hiburan tuh hiburan jugak, tapi fikir la panjang sikit. Setiap apa yang dilakukan akan dijadikan ikutan, especially zaman sekarang ni yang senang sangat orang nak ikut. Buat la sesuatu yang berfaedah sikit, tengok macam video mat lutfi ke, ada jugak faedahnya.
5. Politik Semasa
Aku tak kisah korang nak sokong mana pon, terpulang lah. Tapi aku kisah kalau korang yang bukan dalam bidang politik (politician-wanna-be) dok sibuk bergaduh semata2 nak lawan komen yang berbalas2 kat fesbuk. Last2 masing2 hati tak tenang. Bersikap professional lah.
korang tahu tak apa perbezaan rakyat biasa dan macai??
Rakyat biasa
1. Mengundi dan yakin akan keputusannya tanpa perlu menceritakan pada orang ramai,
2. Mengambil informasi dan maklumat secara terperinci dan melakukan pemerhatian secara individu.
3. Memberitahu pendapat secara individu tanpa perlu memburukkan pihak lain.
Macai
1. Suka bikin provokasi
2. Tak taw selok belok politik pon tapi dia yang lebih2.
3. Seorang yang penakut.
4. Suka bertekak kat fesbuk
5. Menyebarkan informasi yang belum tentu betul, dan yang pasti menyebelahi pihak yang disokong sahaja.. (tapi aku bagi tips la, jangan sebarkan apa2 pon pasal politik yang bukan dari sumber korang sendiri.. sebab semua nya belum tentu betul...wallahuaam)
6. Banyak buang masa.. (rakyat biasa akan berusaha memajukan diri dan negara, bukan dengan membidas komen di fesbuk..banyak pulak masa ko kan..)
7. Dibayar untuk melakukan provokasi
(Lebih hina dari pelacur taw tak!!!!)
Ni antara 5 perkara utama yang perlu kita bincangkan secara meluas, supaya generasi akan datang tak jadi lagi teruk..Huhuhuhu.... Kalau ada yang perlu diperbetulkan, sila komen ok.. Ini semua melalui pemerhatian aku secara rawak... Hehehe